Tuesday, September 16, 2008

RENUNGAN BERSAMA DALAM

"HAK DAN TANGGUNGJAWAP KANAK-KANAK

NURIN JAZLIN JAZIMIN
"mangsa keganasan manusia"






BEBERAPA BERITA TENTANG PENDERAAN KANAK-KANAK


Oleh Efindi Badarudin
efindi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kes penderaan termasuk penderaan seks terhadap kanak-kanak mencatatkan peningkatan apabila 754 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu, berbanding 670 kes pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 700 kes membabitkan kanak-kanak perempuan menjadi mangsa penderaan dan ia membimbangkan kerana golongan berkenaan perlu diberi perhatian oleh masyarakat dan bukannya sebagai alat penderaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata keselamatan kanak-kanak ialah isu serius kerana perlindungan golongan itu penting bukan saja memberi perlindungan daripada panas dan hujan.

Menurutnya, perlindungan kanak-kanak membabitkan emosi supaya sentiasa selamat dan dalam keadaan terkawal bagi menghalang golongan terbabit hilang semangat serta keyakinan diri.

Katanya, pendidikan awal juga perlu diberikan kepada anak mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan serta gangguan seksual.


“Ibu bapa perlu diberikan pendedahan belajar mendengar dan melindungi anak mereka supaya kes penderaan dapat dihalang,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan cek oleh artis, Melissa Indot kepada dua pusat penjagaan kanak-kanak, di sini semalam.

Dua pusat itu ialah Pertubuhan Perlindungan dan Penyelamat Kanak-Kanak Selangor dan Kuala Lumpur serta Yayasan Salam Malaysia Pusat Jagaan Nur Salam.

Pada majlis itu, kedua-dua pusat berkenaan masing-masing menerima cek bernilai RM64,070 dan RM62,170 hasil kutipan derma oleh Melissa, seorang penyanyi baru.

Sumber : MyMetro 21 May, 2008


Wajib buat aduan kes dera kanak-kanak

KUALA LUMPUR 10 Nov. _ Guru sekolah, pegawai perubatan swasta dan penjaga di bawah kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diwajibkan membuat aduan sekiranya terdapat kes penderaan terhadap kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihak-pihak berkenaan diwajibkan membuat laporan kepada polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya mengetahui perkara tersebut.

Menurut Shahrizat, perkara itu dicadangkan dalam Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan dikemukakan kepada Kabinet pada awal tahun depan selepas Akta Orang Kurang Upaya (OKU) dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Disember ini.

“Cadangan mewajibkan pihak-pihak tersebut membuat laporan berikutan ramai yang mengambil sikap ‘lepas tangan’ dan tidak ambil tahu tentang kes penderaan terhadap kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Ke-53 bertema ‘Keselamatan dan Perlindungan Kanak-Kanak Keutamaan Kita’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dengan kehadiran kira-kira 2,000 kanak-kanak dari seluruh negara.

Terdahulu berucap di majlis itu, Shahrizat memberi amaran keras kepada ibu bapa yang cuai dan menjadikan anak-anak mereka sebagai mangsa penderaan akan dikenakan tindakan tegas.

“Kita akan menggunakan akta ini dalam menangani kes penderaan ke atas kanak-kanak,” jelasnya.

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, kata Shahrizat, kes penderaan kanak-kanak agak membimbangkan dengan 1,656 kes yang dilaporkan pada 2004 meningkat kepada 1,800 kes (2005) dan 1,999 kes pada 2006.

Beliau menambah, kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang dilaporkan meliputi kes penderaan fizikal, seksual, emosi, sumbang mahram dan kes buang bayi.

Berikutan peningkatan kes itu, kerajaan telah menggubal Dasar Perlindungan Kanak-Kanak yang meliputi semua aspek.

Shahrizat berharap, pelaksanaan dasar tersebut dapat menjamin keselamatan kanak-kanak dalam semua keadaan seperti di taska, tadika, sekolah, hospital dan di institusi kebajikan.-

Sumber: Utusan Malaysia



CATATAN PERSEDIAAN PBL

PERBINCANGAN ANTARA PIHAK PKG, GURU DAN PESERTA




MENGEDAR SOAL KAJI SELIDIK






PRA PERSEMBAHAN PBL






Thursday, September 4, 2008

POSTER PROJEK KAMI

BROSUR PROJEK KAMI


Temuramah PBL 15/08/2008

Temuramah kami dengan Encik Mizan Ahmad, Pegawai Kebajikan Am Daerah Kota Marudu pada 15 Ogos 2008.

Temuramah PBL 14/08/2008




Temuramah bersama Cif Inspektor Pirikson Ubak, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Marudu pada 14 Ogos 2008.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA PBL